sukan

Fasa terakhir Indonesia ke Piala Dunia 2026

Bercakap mengenai musuh serantau negara kita iaitu Indonesia, mereka mempunyai kempen terbaik ketika ini apabila skuad Garuda berhasil layakkan diri ke pusingan kalah mati Piala Asia Qatar.

Perkara itu membanggakan pemain naturalisasi Indonesia, Marc Klok, yang menjadi tonggak penting dalam membawa pasukannya pergi jauh dalam saingan di Qatar tempohari.

Marc juga impi untuk melihat Indonesia layak ke Piala Dunia 2026 apabila ini juga merupakan peluang terakhir buat dirinya untuk bermain di pentas Piala Dunia.

“Secara peribadi, ini percubaan terakhir saya untuk ke Piala Dunia, tidak akan ada lagi peluang selepas ini dan ini adalah impian saya sejak saya kecil.

sumber:- SA

“Saya bangga dapat bermain di Piala Asia tapi agak sukar untuk sesiapa dapat beritahu mereka pernah bermain di Piala Dunia, jadi saya akan beri segala yang mampu untuk realisasikan perkara itu,” kata Marc Klok.