sukan

Sah pasukan baharu Faiz Nasir

Kedah Darul Aman (KDA) FC mengumumkan ketibaan pemain tengah baharu, Muhammad Faiz Mohd Nasir bagi menghadapi saingan musim 2024/25.

Faiz yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan menyertai Sang Kenari secara pinjaman dari Terengganu FC (TFC).

Pemain bertubuh kecil yang terkenal dengan kelincahannya di atas padang pernah mewakili beberapa pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) sebelum ini termasuk Selangor dan Kelantan United.

“Saya pernah dilamar Kedah ketika awal pembabitan saya di Liga Perdana dulu bersama PBAPP FC,” kata pemain berusia 32 tahun itu.

“Saya gembira untuk menabur bakti bersama Kedah dan dengan ketua jurulatih, Nafuzi Zain di sini. Saya lebih selesa untuk beraksi walaupun rakan sepasukan dan suasana baharu di Kedah.

sumber:- BH

“Saya mahu kembali ke puncak prestasi membantu Kedah kekal sebagai pasukan antara yang terbaik di Malaysia.”Selain Faiz, KDA sebelum ini mengumumkan beberapa pemain baharu kelab itu termasuk kehadiran semula bekas pemain mereka, Syafiq Ahmad dan Rizal Ghazali.