sukan

Keputusan aksi Aaron-Wooi Yik di Final All England

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sekali lagi berputih mata dalam misi mereka merekod gelaran sulung Seluruh England apabila tampil dengan serba tidak menjadi berdepan Juara bertahan , Fajar Alfian-Muhammad Rian. Aksi final kali ini turut gagal menamatkan kemarau 17 tahun Malaysia muncul juara dalam acara beregu lelaki di Seluruh England.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik tampil goyah di set pertama untuk tewas mudah dengan 21-16. Set kedua seakan menjadi buat Aaron Chia-Soh Wooi Yik n namun kesilapan mudah di penhujung set kedua sebabkan mereka tercicir mata-mata penting sekaligus tewas 21-16.

Sebagai rekod, kali terakhir wakil Malaysia muncul juara beregu lelaki adalah menerusi gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi 2007.

Related Post

Pada edisi 2019, Aaron-Wooi Yik hampir bergelar juara tetapi dikecewakan dengan kekalahan di tangan pasangan berpengalaman Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dalam pertarungan tiga set di pentas final.

Aaron-Wooi Yik yang juga bekas juara dunia sekali lagi kecewa dalam merangkul gelaran sulung kejohanan berprestij berusia 125 tahun itu kali ini.