Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, jelas tidak gembira dengan situasi semasa yang membabitkan dua pasukan dalam Liga Super yang masih gagal untuk memenuhi syarat pembayaran hutang tertunggak yang telah diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Liga Super Malaysia (MFL), baru-baru ini.
Dia menegaskan bahawa jika permasalahan ini terus konsisten berlaku maka saingan Liga Super Malaysia bakal mendapat perhatian dan dikenakan denda oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pada masa akan datang.
Pasukan Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City dijangkakan bakal berdepan kemungkinan hilang dari radar Liga Super sekiranya masih gagal menyelesaikan isu tersebut.
“Ini merupakan satu penyakit yang perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh. Sejak empat tahun lalu banyak kelab yang telah kita singkirkan seperti Perlis dan Melaka.
“Masalah tidak membayar gaji pemain ini merupakan tindakan yang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan FIFA paling tidak suka jika ia berterusan berbanding kesalahan yang lain yang masih boleh dibincangkan.
sumber:- SA
“Saya yakin pihak penganjur Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sedang berbincang untuk mengambil tindakan yang tegas.”