sukan

Satu lagi pasangan Regu Malaysia ke Final

Setelah mengharungi waktu dan hari suram pada minggu lepas, hari yang ceria buat kem badminton negara muncul lagi apabila satu lagi beregu beregu lelaki muda negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri berjaya meloloskan diri untuk ke final Masters Orleans di Orleans, Perancis, awal pagi tadi.

Hoong Hon Jian/Muhammad Haikal berjaya melangkah ke final selepas menewaskan pasangan Denmark, Andreas Søndergaard/Jesper Toft 21-18, 21-16.

Untuk rekod, ini merupakan final ketiga mereka dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF selepas terkandas di dua kejohanan sebelum ini – Masters Indonesia dan Masters Thailand.

Namun Hon Jian-Haikal berjaya bergelar juara di Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi dan Masters Guwahati di India pada Disember tahun lalu.

sumber:- SA

Malam ini mereka yang turun sebagai pilihan keempat kejohanan bakal bertemu pasangan Indonesia, pilihan keenam kejohanan iaitu Sabar Karyaman Gutama dan Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam acara final sekitar jam 10.00 malam waktu Malaysia.