sukan

Keputusan aksi Aaron-Wooi Yik di Separuh Akhir All England

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia- Soh Wooi Yik, mempamerkan aksi memukau untuk ke final Kejohanan Badminton Seluruh England apabila menumbangkan gandingan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, dalam aksi separuh akhir di Birmingham sebentar tadi.

Turun sebagai pilihan kelima kejohanan, Aaron dan Wooi Yik mempamerkan aksi hampir sempurna dalam set pertama, di mana selepas kedudukan terikat 6-6, mereka tidak lagi membenarkan lawan merapatkan kedudukan sebelum meraih kemenangan selesa 21-16.

Kecemerlangan itu diteruskan dalam set berikutnya dengan gandingan negara itu meraih enam mata pertama dan tidak pernah ketinggalan sebelum menamatkan pertarungan yang hanya memakan masa 36 minit itu dengan kemenangan 21-15.

sumber:- SA

Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara seteru dari Jepun, yang juga pilihan keeman kejohanan, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, dan pilihan ketujuh dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardiyanto, bagi penentuan malam ini.