sukan

“Saya tidak menyalahkan Zaquan ” — Safee Sali

Bekas penyerang berprolifik negara , Safee Sali, menegaskan bahawa rakan seperjuangannya, Zaquan Adha Abdul Razak, wajar diberikan penghormatan terbaik dari pasukan Negeri Sembilan di atas sumbangan dan jasa yang telah dia taburkan sepanjang bersama Skuad Jang itu.

Safee merasakan tindakan pihak pengurusan Negeri Sembilan yang tidak melanjutkan kontrak pemain itu tanpa sebarang perbincangan tidak sepatutnya berlaku memandangkan latihan pasukan sudah berjalan sebagai persediaan menjelang saingan Liga Super Malaysia (MFL), pada Mei nanti.

Penghormatan terakhir sebagai seorang pemain yang diterimanya di kelab Johor Darul Ta’zim perlu dijadikan contoh terbaik untuk menguruskan sebuah pasukan bola sepak.

“Saya tidak menyalahkan Zaquan kerana meluahkan perasaannya di atas apa yang bekas majikannya telah lakukan.
“Hanya mendapat surat selepas pasukannya itu sudah menjalani latihan pasti dia akan mulai bertanya berkenaan kedudukan dan perancangan masa depannya.

sumber:- SA

“Saya berharap penghormatan terakhir dapat diberikan buat Zaquan memandangkan dia anak jati negeri itu.”Penghormatan terakhir yang saya dapat di JDT perlu dijadikan contoh untuk semua pasukan cara untuk menguruskan pasukan bola sepak.”