sukan

Keputusan aksi Pearly-Thinaah di suku akhir All England

Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, terpaksa akur gagal ke separuh akhir Kejohanan Badminton Seluruh England apabila tewas kepada gandingan Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto, dalam aksi tiga set di Arena Utilita, Bermingham sebentar tadi.

Gandingan negara itu bermula baik dengan menguasai hampir keseluruhan set pertama sebelum mencatatkan kemenangan mudah 21-11.
Bagaimanapun, menuju ke pertengahan set kedua, seakan-akan ada sesuatu yang berbeza ditampilkan Miyaura dan Sakuramoto, di mana mereka mula meraih mata demi mata untuk mengheret aksi ke set penentuan dengan kemenangan 21-18.

sumber:- SA

Kemenangan itu jelas meningkatkan semangat lawan dari Jepun berkenaan untuk jauh mendahului dalam set penentuan sebelum mencatatkan kemenangan 21-18 selepas secara keseluruhan bertarung selama 73 minit.