sukan

Cristiano Ronaldo tersingkir dari Liga Juara-Juara Asia

Al-Nassr yang dipimpin Cristiano Ronaldo tersingkir dari Liga Juara-Juara Asia di peringkat separuh akhir selepas pasukan Liga Pro Arab Saudi itu tewas 3-1 dalam penentuan sepakan penalti kepada Al-Ain.

Walaupun Al-Nassr berjaya mengubah keputusan kekalahan 0-1 tempoh hari dengan kemenangan 4-3 semalam menyebabkan keputusan berakhir menerusi agregat 4-4 namun penentuan sepakan penalti dengan Al-Ain berjaya mencipta kejayaan.

Pemain import Al-Nssr Miroslav Brozovic, Alex Telles, dan Otavio, semuanya gagal menyempurnakan sepakan penalti sekali gus pasukan dari Emiriah Arab Bersatu melangkah ke separuh akhir berdepan dengan Al-Hilal atau Al-Ittihad – kedua-duanya dari Arab Saudi – pada bulan depan.

Penjaga gol Al-Ain, Khalid Eisa, beraksi cemerlang apabila dia menyelamatkan penalti sulung yang diambil Brozovic manakala Soufiane Rahimi, Kaku, dan Sultan Al Shamsi semua berjaya menjaringkan, kegagalan Otavio bermakna Al-Nassr tersingkir.

Penentuan perlawanan kalah mati itu membawa penghujung dramatik kepada perlawanan yang mendebarkan di Al-Awwal Park yang menampilkan tujuh gol dicipta dan satu kad merah dilayangkan, dengan Al-Ain memperkukuhkan keunggulan peringkat pertama mereka sepanjang 45 minit pertama.

Rahimi, penjaring gol kemenangan untuk Al-Ain pada pertemuan pertama, memastikan pelawat terlebih dulu berada di depan dengan gol pada minit ke-28 dan ke-45 namun gol Abdulrahman Ghareeb lima minit masuk waktu tambahan mengekalkan harapan Al-Nassr.

Alex Telles menyamakan kedudukan agregat 18 minit sebelum masa dengan sepakan percuma sekali gus menumpaskan Eisa.

Pemain Al-Nassr Ayman Yahya diusir keluar selepas melakukan terjahan terhadap Bandar Al-Ahbabi lapan minit dalam masa tambahan dan, satu minit kemudian, Al-Shamsi menganggap beliau telah menjaringkan gol kemenangan apabila memanfaatkan kesilapan Raghid Najjar .

sumber:- HM

Namun, Ronaldo tampil sebagai hero apabila menjaringkan gol menerusi penalti selepas penyerang Portugal itu dijatuhkan di kawasan oleh Saeed Jumaa, membawa perlawanan itu ke penentuan sepakan penalti.