sukan

RM50 juta musim 2024/2025

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mendedahkan saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/2025 bukanlah murah atau harga ‘rahmah’ saja apabila kos keseluruhan operasi kemungkinan mencecah RM50 juta.

Kos berkenaan selepas mengambil kira pengagihan hak penyiaran kepada setiap pasukan yang menyertai Liga M selain turut membabitkan beberapa perbelanjaan lain merangkumi logistik dan pengurusan.

Malah, ia juga boleh dikatakan sedikit bertambah berikutan MFL akan mula menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) pada setiap perlawanan Liga Super kelak.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam memaklumkan bahawa kos keseluruhan operasi itu tidaklah jauh berbeza berbanding musim lalu namun mengakui terdapat peningkatan menyebabkan pihaknya perlu mencari lebih banyak dana bagi menampung perbelanjaan tambahan itu.

“Jika dilihat secara keseluruhan kos operasi termasuk dengan pengagihan hak penyiaran dalam tempoh setahun mencecah RM50 juta.”Tahun ini boleh dikatakan agak tinggi berbanding musim lalu kerana kita mula menggunakan VAR dan itu juga mencecah jutaan ringgit,” katanya.

Berdasarkan rekod, kos operasi liga pada musim ini kemungkinan meningkat berikutan selepas VAR dijangka dilaksanakan sepenuhnya menelan kos RM9.7 juta.

Stuart menjelaskan jumlah terbabit merangkumi kos penyediaan bagi tahun pertama dengan badan pengendali liga itu bakal menggunakan trak bergerak untuk operasi VAR yang akan diletakkan di stadium pada hari perlawanan.

Katanya, pendekatan terbabit bakal menelan belanja sehingga tiga kali berbanding pelaksanaan biasa namun ia disifatkan sebagai langkah penyelesaian terbaik bagi mengatasi halangan seperti kekuatan internet dan penyediaan infrastruktur di stadium.

sumber:- HM

Selain itu, Stuart berkata, pihaknya akan berusaha mencari lebih banyak penaja dalam usaha menampung peningkatan kos berkenaan dan ketika ini inisiatif berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

12 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

13 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

13 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

14 hours ago