sukan

Pemain Selangor jiwa rock kapak

Selangor menamatkan latihan pra-musim di Bangkok, Thailand dengan penuh keazaman dan semangat berpasukan yang tinggi sebagai persediaan menjelang saingan Liga Super Malaysia (MFL), pada Mei nanti.

Dalam pada itu, pemain Selangor, Aliff Haiqal Bin Lokman Hakim Lau, Muhammad Faisal Bin Abdul Halim, dan Muhammad Aliff Izwan Bin Yuslan dilihat sedang menyanyikan lagu kumpulan rock kegemaran rakyat Malaysia, XPDC, yang bertajuk Di Hentian ini, dengan penuh penjiwaan serta penghayatan.

Kemeriahan itu semestinya akan menambah lagi keakraban hubungan di antara para pemain Selangor bukan sahaja di luar padang malah juga ketika di atas padang nanti.

sumber:- SA

Para peminat The Red Giants berpeluang untuk menyaksikan vlog perjalanan latihan pra-musim mereka di laman youtube milik Selangor FC.