sukan

Kehilangan Ott akhirnya terjawab

Persoalan mengenai ketiadaan pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Manuel Ott di padang latihan sejak 5 Mac lalu terjawab apabila kapten Kedah itu dilepaskan dari skuad musim 2024/2025.

Pengumuman pelepasan itu dibuat melalui media rasmi Sang Kenari pagi tadi sekali gus meyaksikan Ott menjadi pemain import kesembilan musim lalu yang tidak akan bersama pasukan.

Sang Kenari sebelum ini mengumumkan pelepasan lapan pemain import musim lalu yang terdiri daripada Ifedayo Olusegun, Bojan Ciger, Moses Atede , Manuel Hidalgo, Amirbek Juraboev, Ebenezer Assifuah, Alan Robertson dan Jonatan Balotelli.

“KDA FC dengan ini mengumumkan Manuel Ott, pemain yang memainkan peranan penting musim lepas sebagai ketua pasukan untuk pasukan Sang Kenari membawa haluan berbeza musim hadapan.

“Selepas beberapa perbincangan dan pertimbangan bersama antara pengurusan kelab dan Manuel Ott, dengan emosi bercampur-baur kami mengumumkan persetujuan bersama mengenai pemergian Manuel Ott dari KDA FC.

“Sepanjang musim lalu, Manuel Ott telah mempamerkan dedikasi yang tinggi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap prestasi KDA FC. Persembahan luar biasa beliau di atas padang telah meninggalkan kesan yang besar di hati peminat, dan sumbangan beliau kepada keputusan perlawanan pasukan akan sentiasa diingati dengan penuh memori sebagai empat pasukan terbaik Liga Super musim ini,” katanya.

KDA FC turut menyatakan bahawa pelepasan yang dibuat berkaitan Ott ini adalah permintaan daripada pemain itu sendiri.

Sementara itu, menurut sumber Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd berkata, perbincangan dengan pemain kebangsaan Filipina itu masih lagi belum menemui noktah biarpun TFC berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Jelas sumber itu, kehadiran bekas ‘arkitek’ skuad Penyu itu penting dalam memacu jentera tengah bersama pemain import kelahiran Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov selain pemain tempatan.

“Setakat ini belum boleh disahkan lagi pemain itu (Ott) menjadi milik pasukan TFC dalam mengharungi kancah Liga M musim ini selepas dilepaskan KDA FC.

sumber:- BH

“Ini kerana perbincangan masih lagi berjalan dengan pemain itu, Insya-Allah jika semuanya berjalan dengan lancar dan persetujuan antara kedua pihak menemui noktah, kita akan umumkan secara rasmi nanti,” kata sumber itu.