sukan

Aksi memukau Luqman letakkan beliau di kesebelasan utama

Setelah mempamerkan aksi meyakinkan apabila membuat penampilan sulung bersama YSCC Yokohama dalam kemenangan 1-0 ke atas Mito Hollyhock dalam Piala Levain di Yokohama pada Khamis.

Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin sekali lagi diturunkan pada Sabtu bermula jam 1 petang ini namun dengan tugas yang berbeza iaitu sebagai kesebelasan utama menentang Matsumuto Yamaga.

Pemain berusia 22 tahun itu diletakkan sebagai pemain gantian apabila pasukannya mendahului pada minit ke-77 dan bermain selama hampir 20 minit, termasuk masa tambahan.

20 minit yang diberikan peluang sebelum nyata menambat hati jurulatihnya Kazuki Kuranuki untuk perlawanan petang ini.Saksikan debut Luqman Hakim di liga J3 bersama skuad YSCC Yokohama FC pada 9 Mac ini diikuti perlawanan seterusnya YSCC Yokohama FC menentang FC Lmabari pada 16 Mac 2024, jam 1 petang di Astro Arena Saluran 802HD. 10 perlawanan YSCC Yokohama FC akan disiarkan di Astro Arena Saluran 802 HD sehingga 27 April 2024 nanti.

sumber:- SA

Sama-sama kita doakan semoga Luqman Hakim dapat menampilkan prestasi terbaik bagi perlawanan sebentar nanti.