sukan

Tuah gelanggang Olimpik

PEMAIN beregu negara, Soh Wooi Yik berharap dapat mengekalkan momentum positif setelah mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Perancis.

Wooi Yik bersama pasangannya, Aaron Chia menumpaskan gandingan Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen 21-16, 21-18 pada pusingan kedua di Arena Porte de la Chapelle di Paris awal pagi Jumaat.

Malah Wooi Yik juga berharap Arena Porte de la Chapelle yang akan menjadi gelanggang rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 mampu membawa tuah buat mereka.

“Persekitaran di sini sangat baik. Diharapkan kami boleh kekalkan momentum dan memenangi perlawanan seterusnya,” ujar Wooi Yik.

Pasangan nombor lima dunia itu bagaimanapun perlu memperagakan tentangan luar biasa apabila dijadual menentang gandingan dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dalam pertarungan suku akhir lewat petang ini.

Pertemuan terakhir antara kedua-dua pasangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik tewas dalam pertarungan tiga set di suku akhir Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Menjelang saingan tersebut, Aaron melihat mereka perlu membaiki beberapa kelemahan untuk memberi saingan kepada juara dunia itu.

“Kami bermain dengan baik dalam aksi ini cuma set kedua ada sedikit hilang fokus tetapi kami berjaya mengatasinya sebelum memenangi perlawanan.

sumber:- SH

“Namun ada beberapa perkara yang kami perlu perbaiki sebelum perlawanan seterusnya,” ujar Aaron.