sukan

Syafiq Ahmad dedah puca pilih Kedah berbanding pasukan lain

Corak permainan dan taktikal menarik yang sinonim dengan ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain diakui antara faktor penting Syafiq Ahmad memilih pulang ke Kedah pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Syafiq yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim pada musim ini menjelaskan beliau berterima kasih kepada barisan jurulatih dan pengurusan KDA FC yang sejak awal lagi menaruh harapan untuk menyenaraikannya dalam barisan skuad Kenari.

“Salah satu sebab saya memilih untuk kembali ke Kedah adalah berkaitan corak taktikal yang diterapkan ketua jurulatih Nafuzi Zain sebelum ini dan semasa di Kedah.

“Corak permainan yang dirancang Nafuzi berserta pemain pilihannya kita boleh nampak satu seni dalam permainan dan itulah salah satu sebab saya memilih pasukan Kedah dengan harapan taktikal yang dibentuk Nafuzi terapkan itu mampu membentuk saya dan juga kejayaan pasukan,” katanya semalam.

Syafiq yang kali kedua dipinjamkan ke Kedah sejak musim 2022 berkata, harapan dan sasarannya adalah ingin membantu meningkatkan prestasi skuad Kenari.

“Saya kembali dengan harapan untuk mendapat minit permainan dan membuktikan kemampuan saya sekali gus dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan.

sumber:- BH

“Saya harap dengan jumlah penyokong Kedah yang sangat besar akan dapat membantu menyemarakkan semangat saya dan rakan sepasukan untuk menjadikan skuad Kenari sebagai pasukan yang digeruni semula,” katanya.