sukan

Sri Pahang FC mampu cipta kejutan

Kemasukan pemain import dan tempatan baharu dalam Sri Pahang FC diyakini membantu mencabar pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Penjaga gol Tok Gajah, Izham Tarmizi Roslan, berkata perubahan dalam skuad itu memberi lebih kekuatan dalam meraih kejayaan bermakna pada musim baharu ini.

“Bagi saya kemasukan pemain baharu dan berpengalaman, lebih meletakkan Sri pahang lebih mantap dan padu. Kehadiran pemain baharu termasuk import akan memberikan lebih kekuatan, sekali gus mencatat pencapaian lebih baik berbanding musim lalu.

“Saya dan rakan sepasukan akan memberikan yang terbaik buat Sri Pahang terutama memberi tentangan sengit kepada lawan,” katanya.

Setakat ini, Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) mengumumkan lapan pemain baharu, termasuk dua import iaitu Mykola Ahapov dari Ukraine dan Manuel Hidalgo (Argentina).

Namun, Hidalgo yang berstatus pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bersama skuad Tok Gajah selama semusim.

sumber:- HM

Enam pemain baharu tempatan pula ialah Adam Nor Azlin, Sean Selvaraj, Asnan Ahmad, Hasnul Zaim, T Saravanan dan penjaga gol, Azfar Arif.