sukan

Faizal Saari buat U-Turn kerana dia

Penyerang skuad hoki negara, Faizal Saari, berkata kehadiran Sarjit Singh sebagai ketua jurulatih baru The Speedy Tigers membuatkannya melupakan hasrat untuk bersara.

Faizal sebelum ini memberikan bayangan bahawa dia akan bersara daripada skuad kebangsaan dipercayai kecil hati selepas digugurkan daripada kelayakan Sukan Olimpik di Oman pada Januari lalu, yang menyaksikan Malaysia gagal mendapatkan tiket ke Paris.

Bagaimanapun, kehadiran Sarjit sebagai pengendali baru skuad negara bagi menggantikan Arul Selvaraj kelihatan membuka lembaran baru buat Faizal.

“Saya pernah bermain di bawah jurulatih Sarjit sewaktu di THT (Terengganu Hockey Team) pada 2014,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

sumber:- SA

“Dia memang jurulatih kegemaran saya dan saya tiada masalah dengannya.”Saya rasa saya akan kembali, saya akan bermain untuk Malaysia lagi,” katanya.