sukan

Dua bintang muda kelahiran Kelantan tolak risikan pasukan lain

Meskipun di risik beberapa pasukan namun dua bintang muda kelahiran Kelantan, memilih untuk berbakti di negeri sendiri bagi saingan Liga Super musim 2024/2025.

Pemain Terengganu FC, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali berkata, dia pulang ke Kelantan bagi merealisasikan impian ibu bapa untuk melihat dia beraksi bersama pasukan tanah air.

Pemain berusia 27 ini mampu bermain di posisi penyerang dan sayap.

Fazli berkata, dia memilih bersama KUFC juga bagi mendapatkan lebih minit permainan dan yakin pasukan mampu mencapai sasaran kedudukan lima terbaik liga.

“Sasaran peribadi saya nak tambah kekuatan pasukan dari segi serangan supaya mampu bersaing dengan pasukan teratas seperti JDT dan Selangor,” katanya ketika sesi memperkenalkan pemain baru KUFC di Stadium Sultan Muhammad ke IV (SSMIV), Kota Bharu, di sini, petang semalam.

Fazli, anak kelahiran Kuala Krai ini memaklumkan dia turut menerima tawaran daripada pasukan Negeri Sembilan dan Melaka.

Bagi bekas bintang The Red Warriors (TRW), Mohammad Fazrul Amir Md Zaman dia menolak tiga kelab termasuk daripada PDRM, Pahang dan Kedah untuk berada bersama KUFC.

sumber:- HM

Katanya, dia mahu pasukan mewakili negerinya pergi lebih jauh dan mensasarkan mahu bermain dengan skuad kebangsaan, tahun ini.