Pemilik Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar kagum melihat semangat dan kesungguhan yang terus ditunjukkan setiap pemain dalam persediaan untuk memulakan musim baharu 2024.
Sesi latihan pramusim di Hub Latihan, Prestasi Sukan, Perubatan Sang Kenari di Stadium Sultan Abdul Halim petang semalam begitu disaksikan oleh Daud menyentuh hatinya apabila melihat kesungguhan dan semangat tinggi yang dipamerkan pemain yang melaporkan diri.
“Saya bersyukur pembentukan pemain tempatan yang kini dilakukan pihak pengurusan berjalan dengan lancar dan teratur meskipun kami terpaksa berdepan rintangan mengenai isu berkaitan gaji musim lalu.
“Di sebalik setiap cabaran dan dugaan yang ditempuhi pemain, sikap profesional yang ditunjukkan semua pemain menjadi isyarat penting dalam hala tuju pasukan yang baru dibentuk ini bagi menghadapi saingan musim baharu 2024 yang akan bermula Mei depan.
“Kesukaran yang ditempuhi pasukan tidak sama sekali menggugat semangat dan motivasi pemain dalam membentuk pasukan yang lebih hebat dan saya berharap setiap usaha yang sedang kami lakukan ini bakal membuahkan hasil untuk Sang Kenari agar terus cemerlang pada musim ini,” katanya.
Menurut Mohd Daud lagi, sebagai pemilik Sang Kenari, komunikasi antara pengurusan dan pemain akan sentiasa dijalinkan demi memastikan maklumat tepat dikongsikan kepada semua pemain dan staf pasukan.
sumber:- HM
“Alhamdulillah, saya mengadakan perjumpaan dengan semua pemain pasukan Liga Super pada petang tadi ini membabitkan pengurusan pasukan sebelum sesi latihan pramusim bermula pada hari pertama hari ini. (semalam).