sukan

Ee Yi-Yew Sin cemas sebelum mara ke suku akhir

Beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin cemas sebelum mengesahkan kemaraan ke suku akhir Terbuka Perancis, hari ini.

Pasangan ranking ke-12 dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menumpaskan wakil Denmark yang berada di kedudukan ke-35 dunia, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Westenergie Sporthalle di Mulheim an der Ruhr.

Pada aksi itu, Ee Yi-Yew Sin menang set pertama 21-14 tetapi tewas 19-21 di set kedua sebelum kembali bangkit memenangi set ketiga 21-10 sekali gus mara ke kelompok lapan terbaik.

Sebagai rekod, ini adalah kali kedua Ee Yi-Yew Sin berjaya melayakkan diri ke suku akhir selepas Terbuka Malaysia, awal bulan lalu.

sumber:- BH