sukan

Pasukan baharu Cheng Hoe selepas berpisah dengan Selangor

Tawaran melatih sebuah kelab di Thailand memaksa Selangor FC terpaksa melepaskan ketua jurulatihnya, Tan Cheng Hoe yang tidak akan bersama skuad Red Gaints pada musim ini.

Perkara itu disahkan Selangor FC di laman rasmi kelab terbabit apabila mengesahkan kontrak Cheng Hoe ditamatkan serta merta.

Malah, pasukan itu juga mengesahkan Cheng Hoe sudah membayar pampasan baki kontrak bersama Selangor FC bagi membolehkan bekas jurulatih kebangsaan itu meninggalkan pasukan.

“Selangor FC dan Tan Cheng Hoe telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak beliau berkuatkuasa secara serta merta. Kelab telah dimaklumkan berkenaan keputusan Tan Cheng Hoe untuk meninggalkan Selangor FC bagi menggalas tugas sebagai ketua jurulatih di sebuah kelab di Thailand. Selangor FC juga telah menerima bayaran pampasan berdasarkan kontrak beliau,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan jodoh Cheng Hoe dan Selangor FC tampaknya tidak panjang apabila difahamkan jurulatih itu bakal meninggalkan pasukan itu.

Untuk rekod, Cheng Hoe berjaya membawa Selangor FC menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua pada musim lalu sekali gus layak beraksi di saingan Liga Juara-Juara Asia II (ACL II) musim ini.

sumber:- HM

Malah pada musim 2022 lalu, Cheng Hoe hampir menghadiahkan trofi Piala Malaysian sebelum tumbang di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di final dengan 1-2.