sukan

Park Hang Seo terlepas

Park Hang Seo terlepas menjadi jurulatih Korea Selatan selepas Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA) memilih pengendali skuad B-23, Hwang Sun Hong sebagai jurulatih sementara bagi menghadapi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Jawatankuasa Skuad Kebangsaan KFA mencari pengganti selepas mereka memecat Jurgen Klinsmann selepas pasukan itu gagal pada separuh akhir Piala Asia dan berdepan kritikan hebat daripada penyokong.

Selain Sun Hong, KFA turut mempertimbangkan Hang Seo yang juga bekas jurulatih Vietnam dan bekas pengendali Gangwon, Choi Yong Soo.

Sun Hwang, 55, membawa pasukan itu memenangi pingat emas Sukan Asia 2022 dan juga sebahagian daripada skuad Piala Dunia 2022 yang mara ke separuh akhir di bawah kendalian Guus Hiddink.

KFA memecat Klinsmann selepas langkah Korea Selatan tersekat di Piala Asia 2023 sekali gus memanjangkan lagi kemarau 64 tahun mereka untuk memburu gelaran ketiga.

sumber:- BH

Hwang perlu berdepan sedikit masalah dalam pasukan itu selepas pergaduhan antara kapten, Son Heung Min dan Lee Kang In sehingga diketahui umum sebelum menyiapkan pasukan pada Kelayakan Piala Dunia 2026 di Qatar, April ini. -REUTERS