‘Kalau padang SNBJ tak ok pada 1 Mac, kita main padang lain lawan Oman’, itu kata-kata daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Hamidin Mohd Amin, mengenai keadaan semasa permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil ketika ini.
SNBJ sekali lagi menjadi venue konsert berskala mega Sabtu lalu sekaligus ia telah melewati satu fasa yang membimbangkan mengenai persiapan Malaysia menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia berdepan Oman.
Menerusi temubual dengan wartawan, Karl Nunis, Hamidin berkata, “Kalau padang SNBJ tak ok pada 1 Mac, kita main padang lain lawan Oman.
Masalah permukaan padang ini ternyata memberikan perspektif yang kurang senang apabila aksi final Piala Malaysia yang diadakan di venue tersebut menunjukkan keadaan yang kurang baik padang tersebut ekoran penganjuran konsert kugiran Coldplay.
sumber:- SA
Stadium Gong Badak serta Stadium Sultan Ibrahim dalam cadangan sebagai venue alternatif.