sukan

Rekod dunia pecah di Arkansas

Pelari kelahiran Kanada, Christopher Morales Williams mencipta sensasi apabila memecah rekod dunia dalam acara 400 meter (m) dalam dewan yang berlangsung di Kejohanan SEC Indoor di Fayetteville, Arkansas, semalam.

Williams, 19, ternyata lebih pantas daripada pesaing lain apabila muncul pemenang dengan merekodkan 44.49 saat (s) sekali gus memadamkan rekod dunia yang lama 44.57s milik Kerron Clement dari Amerika Syarikat yang dilakukan di Fayetteville pada 2005 lalu.

Biarpun Michael Norman pernah memperbaharui rekod Clement itu dengan kepantasan 44.52s pada 2018 lalu, namun ia tidak diiktiraf sebagai rekod baharu dunia.

Catatan Williams itu adalah kedua terpantas yang dilakukannya secara peribadi selepas merekodkan kurang 0.9s di saingan jemputan Clemson Tigers Paw bulan lalu.

Untuk rekod, Williams adalah pelari berganti-ganti 4x400m Kanada di Kejohanan Dunia bawah 20 tahun (B-20) di Cali pada 2022 lalu yang menyaksikan kuartet itu meraih pingat gangsa.

sumber:- HM

Malah dia turut memenangi pingat perak dalam acara 400m B-20 di saingan Pan Amerika tahun lalu.