sukan

Neymar bantu Dani Alves kurangkan hukuman penjara

Keluarga Neymar dilaporkan membantu Dani Alves membayar denda 150,000 euro (RM774,429) dalam kes rogolnya.

Pemain 40 tahun itu, yang kali terakhir beraksi untuk kelab Mexico, UNAM Pumas, dihukum penjara empat tahun setengah semalam selepas didapati bersalah merogol seorang wanita di sebuah kelab malam di Sepanyol.

Alves ditahan reman di Brians 2 Prison di ibu kota Catalan sejak penangkapannya pada Januari tahun lalu, dan berdepan malam pertamanya dalam penjara sebagai pesalah seks.

Pihak pendakwa raya mahukan hukuman penjara sembilan tahun ke atasnya dan peguam kepada mangsanya mahu Alves dipenjara 12 tahun jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun hukuman berkenaan boleh dikurangkan sekiranya Alves membayar pampasan berjumlah 150,000 euro (RM774,429) kepada mangsa.

sumber:- BH

Menurut media Brazil, keluarga Neymar – pemain yang pernah bergandingan dengannya dalam skuad Barcelona, Paris Saint-Germain dan Brazil – membantu Alves membayar denda berkenaan. – AGENSI