sukan

TERKINI: JDT sah perkenal Naturalisasi sebagai pemain baharu

Juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT), sebentar tadi memperkenalkan penyerang naturalisasi negara, Romel Morales, sebagai pemain baru mereka.

Dalam satu video pengenalan yang dikirimkan di Instagram Official Johor, Romel dilihat memakai jersi nombor 19, yang sebelum ini digunakan Akhyar Rashid.

Romel, 26, merupakan pemain kelahiran Colombia dan pernah mewakili PKNS FC, Melaka United dan Kuala Lumpur City.

sumber:- SA

Dia sah dijadikan pemain naturalisasi negara pada 19 Disember lalu dan membantu skuad kebangsaan mengikat Korea Selatan 3-3 dengan gol penyamaan dramatiknya dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia di Qatar bulan lalu.