sukan

Bintang Korea terima padah bertelagah ketika Piala Asia

Bintang bola sepak Korea Selatan dilaporkan berdepan saman £600,000 (RM3.63 juta) daripada pengiklan selepas cuba menumbuk Son Heung-min ketika bersama skuad negara itu dan mungkin perlu membayar berjuta lagi kerana melanggar kontrak.

Lee Kang-in terbabit pertelagahan dengan Heun-min ketika menikmati hidangan pada Piala Asia yang menyebabkan bintang Spurs itu mengalami kecederaan jari.

Pemain tengah PSG itu bakal diheret ke mahkamah oleh syarikat pengiklannya selepas dia menimbulkan kontroversi sosial, menurut Allkpop.

Syarikat permainan video Nexon berdepan rungutan daripada orang awam yang memasukkan Kang-in dalam iklan dan KT, syarikat telekomunikasi dilapor mahu menamatkan perjanjian dengan pemain itu.

KT turut mengarahkan poster pemain itu diturunkan di seluruh negara walaupun mereka mereka mendakwa tindakan itu susulan berakhir ‘faedah promosi belian.’

Allkpop turut mendakwa Lee Kang-in mungkin perlu membayar penalti sekitar £2.9 juta (RM17.59 juta) sehingga £4.5 juta (RM27.29 juta) kepada pengiklan.

sumber:- HM

Kang-in meminta maaf di atas pertelagahannya dengan Heung-min tetapi menafikan dia menumbuk pemain itu.