Sah! Secara rasminya pasukan media Terengganu FC memperkenalkan Safawi Rasid sebagai pemain pinjaman baru untuk saingan Liga Super 2024/2025.
Dengan kepulangan Safawi ke negeri kelahirannya, ini menjadikannya sebagai anak didik kepada Tomislav Steinbrückner buat kali kedua dimana sebelum ini mereka pernah bekerjasama di dalam pasukan T-Team FC pada tahun 2015.
Kegembiraan yang tiada tandingan apabila dapat pulang ke negeri kelahirannya dan Safawi menyatakan bahawa, “pertama sekali Pawi hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan Terengganu FC dan ketua jurulatih Coach Tomi (Tomislav Steinbrückner) kerana percaya untuk ambil Pawi bagi mengisi kekosongan sebagai pemain tempatan di Terengganu.”
“Sebelum ini pun saya pernah bermain dengan Coach Tomi, saya rasa sangat gembira dan tidak sabar untuk ke hari pertama sesi latihan nanti.”
sumber:- SA
“Untuk tahun ini, dengan pasukan baru saya akan buat yang terbaik dan akan berikan yang terbaik untuk pasukan dan saya akan cuba sebaik mungkin dan apa pengalaman yang saya ada, saya akan bantu pasukan untuk sekurang-kurangnya kita pergi ke peringkat seterusnya ataupun lebih baik dari pencapaian musim lalu,”