sukan

Pemain gantian muncul wira Manchester United

Scott McTominay meneruskan impian Manchester United untuk memburu tempat dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris apabila menjaringkan gol lewat permainan ketika menewaskan Aston Villa 2-1.

Skuad kendalian Erik ten Hag memerlukan kemenangan di Villa Park untuk merapatkan jurang dalam pemburuan tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

United mendahului permainan di awal babak pertama menerusi Rasmu Hojlund sebelum Douglas Luiz menyamakan kedudukan di babak kedua.

McTominay yang masuk sebagai pemain gantian, meledak gol kemenangan United ketika permainan berbaki empat minit.

United kekal di tangga keenam liga selepas kemenangan keempat berturut-turut dalam semua pertandingan, tetapi kini hanya lima mata di belakang Villa yang menghuni tangga kelima dan enam mata di belakang Tottenham yang berada di tangga keempat.

“Ia kemenangan penting buat kami. Kami semakin hampir dan itulah sasaran hari ini. Saya suka cara kami melakukannya.

“Ketika 1-1 kami perlu bangkit dan saya berpuas hati. Ia sangat terbuka, seperti perlawanan tenis. Sesiapapun boleh menang, tetapi mental kami lebih kental untuk menang.

“Scott cukup hebat. Dia adalah contoh pemain yang bagus. Sentiasa bersedia untuk masuk dan memberi impak,” kata Ten Hag.

Sementara itu pengendali Villa, Unai Emery berkata: “Kami bermain dengan baik menentang Manchester United yang kuat, tetapi kami gagal memanfaatkan peluang terhidang.

sumber:- BH

“Keputusan ini sukar untuk ditelan tetapi itulah bola sepak. Kami bermain seperti dirancang dan sepatutnya mampu beroleh keputusan lebih baik.” – AFP