sukan

Haaland bantu Man City pintas Liverpool

Erling Haaland kembali daripada kecederaan dengan penuh bergaya apabila meledak dua gol untuk membantu Manchester City menundukkan Everton 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi .

Ia adalah jaringan pertama dan keduanya selepas 77 hari sekali gus kemenangan di Stadium Etihad itu menyaksikan City memintas Liverpool di carta EPL buat seketika dengan 52 mata.

Bagaimanapun, The Reds berpeluang memintas semula sekiranya menewaskan Burnley dalam aksi sebentar nanti.

Pada aksi terbabit, City bergelut apabila Everton berjaya menutup ruang untuk anak buah Pep Guardiola melakukan percubaan yang berbahaya ke arah gawang mereka.

City perlu menunggu sehingga minit ke-71 untuk melakukan percubaan tepat daripada Haaland yang berjaya menghadiahkan gol pertama buat mereka.

sumber:- BH

Itu adalah jaringan ke-15 buat Haaland dalam liga dan membolehkan dia memintas Mohamed Salah dalam carta penjaring terbanyak.City terus melebarkan jurang dengan gol kedua pada minit ke-85, sekali lagi menerusi Haaland yang menyempurnakan hantaran Kevin de Bruyne. -AGENSI