sukan

Piala Asia : Jordan cipta sejarah mara ke Final singkir Korea Selatan

Buat Pertama kali dalam sejarah Piala Asia Jordan mara ke final Piala Asia selepas mengejutkan pasukan Korea Selatan 2-0.

Dua jaringan pada babak kedua ‘melemaskan’ Korea Selatan yang hilang arah sepanjang perlawanan dan skuad bimbingan Hussein Ammouta itu menanti sama ada Qatar ataupun Iran pada final di Stadium Lusail, Sabtu ini.

Korea Selatan tampak bergelut dengan Jordan tampil sebagai pasukan lebih baik dan Korea Selatan beruntung selepas penjaga golnya, Jo Hyeonwoo menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya dari Jordan.

Jordan menghantar amaran seawal minit ketiga menerusi rembatan deras Nizar Al Rashdan yang ditepis Hyeonwoo diikuti percubaan Noor Al-Rawabdeh yang turut ditutup Hyeonwoo pada minit ke-17.

Jaringan Son Heung Min pada minit ke-19 dibatalkan kerana ofsaid dan Korea Selatan sekali lagi lega apabila Hyeonwoo terus menyelamatkan gawang mereka dengan menafikan rembatan Yazan Al-Naimat enam minit berselang.

Jordan bernasib baik apabila pengadil, Mohammed Abdulla Hassan menarik semula keputusan untuk memberikan sepakan penalti pada minit ke-28 selepas membuat semakan menerusi sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Peluang terbaik Korea Selatan hadir pada minit ke-31 apabila hantaran lintang daripada sebelah sayap kanan disudahkan dengan sepakan akrobatik Lee Jaesung namun sayangnya percubaan itu terkena tiang.

Jordan terus kecewa dengan kecemerlangan Hyeonwoo apabila menutup peluang Al-Naimat menggunakan mukanya pada minit ke-41 sebelum percubaan susulan Al-Rawabdeh ‘sangkut’ di kaki penjaga gawang Ulsan Hyundai itu.

Jordan yang merupakan pasukan ranking 87 FIFA berjaya menundukkan calon pilihan juara, Korea Selatan yang berada ranking 23 FIFA.Bersambung babak kedua, kesilapan pemain Korea Selatan menghantar bola ke belakang mengundang padah apabila hantaran itu dipintas Mousa Al-Taamari dan lorongannya disudahkan Al-Naimat pada minit ke-52.

Korea Selatan cuba mengasak kubu Jordan namun terleka seterusnya larian solo menarik pemain Jordan , Musa Al-Taamari pada minit ke 66 seterusnya merembat ke arah jaring Korea Selatan.

Keputusan 2-0 cukup untuk membawa Jordan ke final Piala Asia buat kali pertama dan menjadi kejutan terbesar Piala Asia kali ini

Keputusan tersebut juga menyaksikan kemarau 64 tahun Korea Selatan untuk bergelar juara sekali lagi terus berpanjangan.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

12 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

13 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

13 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

14 hours ago