sukan

Piala Asia: Iran tidak setuju cadangan penganjur

Persekutuan Bolasepak Republik Islam Iran (IRNA) secara rasmi tidak setuju dengan cadangan Qatar untuk mengubah lokasi perlawanan separuh akhir Piala AFC 2023 antara kedua-dua pasukan itu, malam esok.

IRNA menghantar surat kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), lewat petang Ahad untuk menolak cadangan Qatar itu.

Qatar memohon perubahan stadium kepada AFC selepas mereka layak ke separuh akhir untuk bertemu Iran.

Kedua-dua pasukan itu dijadualkan bermain di Stadium Al Thumama, namun Qatar memohon supaya perlawanan diadakan di Stadium Al Bayt.

sumber:- HM

AFC memaklumkan hanya akan setuju dengan cadangan itu sekiranya mendapat persetujuan Iran.Iran mencipta kejutan apabila menyingkir Jepun 2-1 pada aksi suku akhir, Sabtu lalu.