sukan

Piala Asia: Iran persoal pengadil

Pertahanan Iran, Saeid Ezatolahi mempersoalkan pelantikan pengadil Kuwait bagi aksi separuh akhir Piala Asia berdepan tuan rumah yang juga juara bertahan, Qatar, malam esok.

Ahmad Al-Ali dilaporkan akan mengadili aksi terbabit di Doha dan Ezatolahi menyatakan ‘ia agak mengejutkan’.

“Kami sedang berfikir bagaimana mereka boleh meletakkan orang Arab untuk mengendalikan perlawanan ini,” kata pemain yang beraksi untuk kelab Denmark, Vejle.

“Tetapi kami adalah Iran dan pasukan yang sangat besar. Kami ada pemain yang baik dan profesional.”Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) belum lagi memberi maklum balas ketika ditanya mengenai isu ini.

Iran memburu gelaran pertama Piala Asia sejak 1976 dan mara ke separuh akhir selepas menundukkan pasukan pilihan, Jepun dengan keputusan 2-1.

Pengendali Iran, Amir Ghalenoei turut menyuarakan ketidakpuasan hatinya mengenai mutu pengadilan di Piala Asia 2023 apabila berkata ‘Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak begitu berpihak kepada kami.’

“Kami seharusnya mendapat penalti ketika menentang Jepun tetapi VAR tidak melakukan semakan untuk kami.”

Qatar pula mara ke separuh akhir apabila menyingkirkan Uzbekistan menerusi sepakan penalti penentuan.

sumber:- BH

Ketika ditanya mengenai pengadil untuk aksi terbabit, jurulatih Qatar, Tintin Marquez hanya ‘fokus kepada pasukan saya sendiri.'”Saya tidak terfikir mengenai siapa yang menjadi pengadil.”-AFP

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

12 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago