sukan

Piala Asia: Perlawanan Korea Selatan-Australia berakhir dengan penuh dramatik

Son Heung-min muncul wira Korea Selatan apabila menjaringkan gol dramatik melalui sepakan percuma yang mengagumkan dalam masa tambahan di saat terakhir perlawanan ketika Korea Selatan bangkit untuk mengalahkan Australia 2-1 pada 2 Februari dan mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Piala Asia berjumpa Jordan.

Detik kebangkitan luar biasa Korea Selatan bermula di hujng tanduk, Korea Selatan memperolehi gol kebangkitan di saat terakhir permainan menerusi sepakan penalti pada minit ke-96 oleh Hwang Hee-chan untuk terus kekal bernafas selepas Australia memimpin perlawanan sejak dari separuh masa pertama melalui gol Craig Goodwin.

sumber:- SA

Ini adalah kali keempat dalam lima perlawanan pasukan Korea Selatan di bawah jurulatih Jurgen Klinsmann mencetak gol pada masa tambahan di Qatar. Son Heung-min dari Tottenham, pemain terbaik Asia dan kapten Korea Selatan, belum sepenuhnya menonjolkan dirinya dalam kejohanan ini, tetapi dia memberikannya apabila diperlukan.