sukan

Akui rasa terkilan

Peminat Selangor FC sendiri rata-rata masih lagi terkilan dengan kehilangan khidmat jeneral tengah, Brendan Gan, yang merupakan antara watak peminat membawa Gergasi Merah ke pentas Asia.

Destini pemain kebangsaan itu masih lagi menjadi tanda-tanya menjelang jendela perpindahan musim 2024/25 dibuka, 10 Februari depan.

“Sebagai penyokong Selangor, kami tidak tahu kenapa dia keluar.”Peliklah, mungkin sebab pengurusan atau masalah dalaman. Sangat kecewa.

“Mungkin tempat Brendan Gan boleh dikatakan dengan pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi,” kata seorang peminat.
Tambah lagi seorang peminat yang ditemui sempena rancangan Keluar Masuk perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25, sebentar tadi: “Saya dengar-dengar Brendan Gan tidak lagi bermain untuk Selangor dan digantikan dengan pemain dari Uzbeskistan.

“Saya sangat-sangat tidak bersetuju. Daripada segi kelanjuan dan kawalan bola, saya rasa patut kekalkannya.”
Justeru, khidmat pemain kelahiran Australia itu menjadi rebutan beberapa pesaing Liga Super terutama dari Pantai Timur.
“Brendan Gan tidak tahu berpindah ke mana cuma kami mahu lihat dia beraksi lebih baik.

sumber:- SA

“Kami rindukan Sri Pahang yang dulu,” kata seorang peminat.Menurut seorang lagi penyokong bola sepak tempatan: “Saya harap diambil Terengganu. Saya mahu melihat dia beraksi bersama pasukan Pantai Timur untuk pasukan Penyu.”