sukan

Piala Asia : ‘Tiada sesiapa boleh ketawakan Tajikistan sekarang’ – Segrt

Tajikistan merasakan mereka sudah memenangi Piala Asia dua kali dengan layak ke pusingan 16 terakhir dan suku akhir pada penampilan sulung di kejohanan itu, malah mereka akan terus mengapai impian untuk mara lebih jauh, kata jurulatih Petar Segrt.

Tajikistan layak ke pusingan 16 terakhir dengan kemenangan ke atas Lubnan pada peringkat kumpulan dan menewaskan pasukan yang mara sehingga separuh akhir edisi 2019, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi sepakan penalti untuk bertemu Jordan di suku akhir.

“Kami bersedia untuk meneruskan impian kami. Kami akan cuba yang terbaik apabila menentang Jordan, pasukan yang sangat bagus, jurulatih yang sangat baik.

“Semua orang ketawakan saya tetapi saya percaya kepada impian saya. Ada peluang 50-50 untuk kami menang,” kata Segrt kepada pemberita.

“Kami tidak akan gembira dengan hanya beraksi bagus. Kami berpeluang untuk ke separuh akhir.

“Kami percaya pada diri kami sendiri… Kami rasa kami sudah memenangi Piala Asia dua kali, meraikannya seperti kami sudah memenangi piala ini selepas menewaskan Lubnan dan UAE.

“Tajikistan adalah kuda hitam dalam kejohanan ini dan kuda hitam masih berlari… Semua orang ketawa apabila kami mempunyai impian untuk mara ke pusingan kedua dan suku akhir, tetapi tiada siapa yang akan ketawa sekarang,” tambahnya.

Segrt berkata, Persekutuan Bolasepak Tajikistan bersetuju untuk menerbangkan keluarga pemain, dan lebih ramai penyokong ke Qatar, dengan harapan ia akan memberi semangat kepada skuad bimbingannya.

sumber:- HM

“Ia akan memberi kami lebih semangat dan tenaga untuk bertarung,” kata pemain pemain pertahanan, Tabrez Islomov.