sukan

FIFA tidak boleh ‘move on’ lagi dengan Malaysia

Aksi skuad Harimau Malaya di pentas Piala Asia baru-baru ini jelas sekali terus menjadi sebutan pelbagai pihak di dalam dan luar negara.

Terbaharu, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) tidak boleh lagi ‘move on’ dengan aksi skuad Harimau Malaya di pentas Piala Asia apabila memuji pasukan terbabit susulan prestasi mengagumkan yang ditampilkan barisan pemain negara.

Walaupun, mengakhiri saingan Piala Asia di Qatar pada kedudukan keempat kumpulan E dan membawa pulang satu mata namun pasukan Harimau Malaya tetap menjadi perhatian umum.

Kejayaan mengikat jaguh Asia, Korea Selatan telah membuka mata banyak pihak tentang kemampuan sebenar Malaysia untuk bersaing di pentas tertinggi.

Menerusi perkembangan terbaru yang dikongsikan oleh laman Fifa, skuad kebangsaan sekali lagi menjadi tumpuan untuk terus merekodkan pencapaian cemerlang di saingan Kelayakan Piala Dunia.

Fifa berkongsi kisah perjalanan lima pasukan yang kini sedang mengharungi tempoh terbaik pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Anak buah Kim Pan-gon sebelum ini menyaksikan berjaya mencatatkan dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Taiwan dan meledak lima gol daripada dua perlawanan.

Malaysia mensasarkan untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan untuk mencerahkan peluang mara ke Piala Dunia 2026.

“Sementara pusingan kedua AFC yang lain semuanya diketuai oleh pasukan gergasi seperti Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi, Malaysia menonjol sebagai yang memperagakan aksi cemerlang dalam Kumpulan D.”

“Mereka mencatat satu-satunya rekod yang tidak tercalar (semua kemenangan), mencatat kemenangan ke atas Kyrgyzstan (4-3) dan Taiwan (1-0) pada bulan November.”

“Oman yang berada di kedudukan ke-74 dan di atas Malaysia sebanyak 56 tangga bakal menjadi lawan Harimau Malaya sebanyak dua kali pada bulan Mac,” kata Fifa.

sumber:- HM

Mengikut rekod, Malaysia akan bertemu Oman pada 22 Mac ini di laman lawan dalam misi meneruskan rentak baik sejak November lalu.