sukan

Piala Asia : Jepun terima ‘tamparan’ hebat

Persatuan Bolasepak Jepun (JPA) berkata pemain sayap, Junya Ito sudah meninggalkan saingan Piala Asia di Qatar berikutan laporan media dua wanita menuduhnya melakukan serangan seksual, dakwaan yang sudah dinafikannya.

JFA berkata, Ito meninggalkan pasukan “atas pertimbangan untuk kesejahteraan mental dan fizikalnya”, selepas dakwaan insiden yang berlaku di Osaka tahun lalu.

“Junya Ito akan meninggalkan pasukan Jepun yang bertanding di Piala Asia di Qatar,” katanya, sambil menambah badan induk itu akan meneliti kes itu dengan “berhati-hati”.

Polis Jepun mula melakukan siasatan ke atas pemain berusia 30 tahun itu, yang beraksi untuk kelab Perancis, Reims.Ito sudah bermain 54 perlawanan bersama skuad kebangsaan Jepun dan menjaringkan 13 gol.

“Kami menerima aduan kesalahan jenayah dilakukannya dan sudah memulakan siasatan,” kata jurucakap polis di Osaka yang bekerja di jabatan berkaitan jenayah termasuk serangan seksual kepada AFP.

sumber:- HM

Beliau enggan memberikan butiran lanjut termasuk mengenai aduan itu.Insiden berkenaan didakwa berlaku di sebuah hotel di Osaka pada Jun tahun lalu selepas aksi persahabatan antara Jepun dan Peru, kata laporan media.