sukan

Masters Thailand : Yew Sin-Ee Yi mara selepas singkir gandingan China

Nasib berbeza melanda dua beregu lelaki negara, apabila Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melepasi pusingan pertama, manakala cabaran Choong Hon Jian-Haikal Nazri tersekat akibat masalah kecederaan di Masters Thailand, hari ini.

Yew Sin-Ee Yi yang diletakkan sebagai pilihan keempat mara selepas mengalahkan gandingan China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han 21-17, 21-16.

Menanti pasangan profesional itu di pusingan kedua ialah Andreas Sondergaard-Jesper Toft dari Denmark yang mara selepas mengalahkan wakil China, Chen Bo Yang-Liu Yi 21-19, 21-17.

Sementara itu, kecederaan dialami Haikal memaksa dia dan Hon Jian menarik diri ketika ketinggalan 7-16 di set pertama, sekali gus memberi kemenangan percuma kepada gandingan Korea Selatan.

Turut terkandas di pusingan pertama ialah satu lagi beregu lelaki profesional, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong apabila tewas 17-21, 21-18, 15-21 di tangan Chang Ko Chi-Po Li Wei dari Taiwan.

Menerima nasib sama ialah Lwi Sheng Hao-Jimmy Wong yang kalah di tangan Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren dari Thailand, 16-21, 10-21.

Dalam aksi kelayakan, Chia Weijie-Liew Xun mara ke undian utama selepas mengalahkan satu lagi pasangan Thailand, Pongsakorn Thongkham-Wongsathorn Thongkham 21-8, 21-9, manakala Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe gagal mara selepas kalah kepada satu lagi pasangan tuan rumah, Tanadon Punpanich-Wachirawit Sothon 18-21, 21-19, 17-21.

Sementara itu, dua perseorangan lelaki, Soong Joo Ven dan Aidil Sholeh Ali Sadikin gagal mara ke undian utama selepas terkandas di peringkat kelayakan.

sumber:- HM

Joo Ven kalah kepada Wong Po Wei dari Taiwan, 17-21, 13-21, manakala Aidil Sholeh kalah di tangan Jason Gunawan (Hong Kong) 13-21, 10-21.