sukan

Harap pertimbang kontrak jangka masa panjang

Pemerhati bola sepak tempatan, Azlan Johar, berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempertimbangkan kontrak jangka masa panjang buat ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon.

Azlan percaya jika diberikan tempoh masa yang mencukupi, Pan-gon mampu membawa nama Malaysia sebaris dengan kuasa besar bola sepak di rantau Asia.

Menurut juara Pestabola Merdeka 1986 itu lagi, sejak dilantik pada Januari 2022, pengendali kelahiran Korea Selatan tersebut telah membuktikan kemampuannya sebagai jurulatih yang berkualiti terutama selepas memacu Malaysia ke pentas Piala Asia Qatar secara merit.

“‌Ia satu tugas berat buatnya dalam Piala Asia, begitu juga dengan pemain-pemain.”Boleh nampak pemain-pemain kita gugup dalam Piala Asia kerana ia merupakan satu pentas yang cukup besar bagi mereka,” katanya .

Pan-gon juga dilihat berjaya mengubah sikap dan mentaliti barisan pemain yang tampil lebih yakin dalam setiap kejohanan.
Azlan turut menggesa semua penyokong untuk terus memberikan sokongan kepada barisan kejurulatihan dan pemain Harimau Malaya yang akan meneruskan tugasan dalam Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 berdepan Oman, Mac depan.

“Kita beri peluang lagi kepada Pan-gon kerana telah meningkatkan pemain kita ketika bertemu Korea.”Tolak tepi kalau Korea nak elak untuk menang, tapi pasukan kita berjaya bangkit dan mengikat Korea.

sumber:_SA

“Pan-gon telah mencaturkan permainan menarik dan selepas ini di pentas mana-mana sekalipun, Pan-gon akan lebih yakin untuk mempersiapkan pemain-pemainnya,” katanya lagi.