sukan

Sah kekal dua musim lagi

Pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Mohamad Saiful Jamaluddin kekal bersama Sri Pahang FC bagi tempoh dua musim.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, pemain berusia 21 tahun itu dijangka menjadi nadi utama skuad Tok Gajah bagi mengharungi musim 2024/2025.

“Kelab berbesar hati mengumumkan pemain tengah (Saiful) telah menandatangani kontrak dua musim untuk terus kekal menyarung jersi Sri Pahang FC. Lebih banyak bertindak sebagai pemain giliran dalam skuad senior, Saiful antara tunjang skuad Piala MFL musim lalu.

“Pada masa sama, Saiful mengetuai skuad muda SPFC mengakhiri cabaran Liga Juara MFL di kedudukan ketiga. Pemain berusia 21 tahun ini turut membantu skuad B-23 kebangsaan layak ke separuh akhir Piala AFF B-23 pada Ogos tahun lalu.

“Tahniah Saiful, semoga terus konsisten tingkatkan prestasi dan mendapat lebih peluang untuk menyerlah bersama skuad utama,” menerusi hantaran itu.

sumber:- BH

Sebelum ini, pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad percaya Saiful akan berebut peluang untuk berada dalam skuad utama bagi menghadapi saingan Liga M.