sukan

Pengendali Korea Selatan riak

Jurgen Klinsmann berkata beliau harus bersikap positif menjelang pertembungan Korea Selatan dengan Arab Saudi tengah malam esok selepas bergelut untuk mara ke pusingan 16 terakhir Piala Asia.

Korea bolos enam gol pada pusingan pertama dan seri dengan Jordan serta Malaysia yang menduduki ranking ke-130 untuk menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat kedua.

Klinsmann dan barisan pemainnya berdepan kritikan hebat di tanah air, dengan legenda Jerman itu diejek kerana memberitahu wartawan untuk menempah hotel mereka di Qatar sehingga 10 Februari iaitu hari aksi final.

“Seorang jurulatih perlu bersikap positif, seorang jurulatih perlu percaya kepada pasukannya dan menjadikan ia kenyataan,” kata Klinsmann, 59 tahun yang juga pemenang Piala Dunia.

“Jika pasukan lain lebih baik dan menewaskan pasukan anda, maka anda masih boleh kembali ke hotel dan membatalkannya,” katanya lagi.

Korea Selatan menamatkan saingan di belakang Bahrain dalam Kumpulan E selepas gawang mereka dibolosi pada minit ke-105 ketika seri 3-3 dengan Malaysia.

Klinsmann dikritik kerana tersenyum di bangku simpanan selepas Malaysia menjaringkan gol penyamaan itu tetapi menegaskan ia “kerana saya melihat (gol itu) datang.”

Beliau lebih berminat bercakap mengenai Arab Saudi dan berkata sudah dapat membaca taktikal Roberto Mancini, lima bulan selepas pengendali dari Itali itu membimbing Arab Saudi.

Pemenang perlawanan 16 terakhir akan berdepan Australia di suku akhir.s

sumber:- HM

“Kami mempunyai keyakinan yang kami boleh mengalahkan Arab Saudi tetapi ia akan menjadi tugas yang sukar,” kata Klinsmann.