sukan

Inilah Sebab kenapa Brendan Gan di anggap wira sejati

Pemain tengah skuad Harimau Malaya, Brendan Gan akan terus berjuang dan mencurah keringat buat pasukan kebangsaan jika masih diperlukan selepas berakhirnya kempen negara di Piala Asia 2023 di Qatar, Khamis lalu.

Skuad negara kendalian Kim Pan-gon terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal selepas hanya mampu mengutip satu mata daripada tiga aksi dilalui dalam Kumpulan E.

Memiliki watak dan sifat ‘pejuang’ dalam dirinya, Brendan tidak akan menyerah kalah dan akan terus berbakti demi lencana di dada untuk kejohanan seterusnya.

“Impian itu berkembang setiap minit, setiap hari sejak menyaksikan skuad ini layak ke Piala Asia di Bukit Jalil. Pertama adalah impian untuk terus hidup (Brendan pernah bertarung penyakit kanser sebelum ini).

“Kedua ialah untuk kembali ke padang untuk kelab dan kemudian beraksi dengan cukup baik untuk mencapai langkah seterusnya.

“Langkah seterusnya ialah memakai warna Harimau Malaya semula. Ini hanya peringatan, setiap orang menghadapi pertempuran mereka sendiri, besar dan kecil. Ketekunan dalam impian anda adalah kunci,” kata pemain Selangor FC berusia 35 tahun itu.

Sepanjang kempen Piala Asia di Qatar, Brendan hanya beraksi sekali ketika berdepan Korea Selatan di mana dia memainkan peranan besar dalam menyekat pergerakan pemain lawan dan berjaya membantu pasukan mengikat Korea 3-3.

sumber:- HM

Dalam dua aksi sebelum itu yang berkesudaham tewas di tangan Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1), Brendan tidak beraksi dengan Pan-gon menggilirkan pemain apabila menyenaraikan Afiq Fazail, Syamer Kutty Abba dan Natxo Insa.