sukan

Teka-teki perbualan Faisal dan Son Heung-min terjawab

Pertembungan membabitkan skuad Harimau Malaya bertemu Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia masih lagi hangat diperkatakan di kalangan penyokong pasukan kebangsaan.

Antara yang menjadi tumpuan dan menimbulkan persoalan di kalangan penyokong Harimau Malaya adalah perbualan membabitkan tonggak pasukan kebangsaan Faisal Halim dan bintang Tottenham, Son Heung-min.

Sehingga kini, penyokong bola sepak tanah air tidak mengetahui apa butiran yang disembang oleh kedua-dua pemain berkenaan pada perlawanan itu.

Situasi terbabit berlaku dipercayai selepas skuad Harimau Malaya dihadiahkan sepak penalti selepas Arif Aiman Hanapi dijatuhkan dalam kawasan kotak penalti Korea Selatan.

Namun, Faisal yang juga pemain Selangor FC meleraikan persoalan terbabit dengan mendedahkan butiran perbualan terbabit adalah membabitkan disebabkan Son tidak mempercayai insiden Arif Aiman dijatuhkan perlu diberikan sepakan penalti.

“Dia (Son) kata bukan penalti tapi saya kata dekat dia betul penalti. Kalau tak percaya kita tengok nanti bagaimana (dapat penalti atau tidak),” katanya.

Mengikut rekod, Harimau Malaya menamatkan kempen dengan mencipta sensasi mengikat gergasi bola sepak Asia, Korea Selatan, 3-3, pada perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha, khamis lalu.

sumber:- HM

Walaupun seri dengan Korea Selatan, hasrat Malaysia untuk mencipta sejarah layak ke pusingan 16 terbaik pada Piala Asia 2023 tidak kesampaian selepas tewas dalam dua aksi pertama Kumpulan E, masing-masing tumpas 0-4 di tangan Jordan dan 0-1 kepada Bahrain, sekali gus menduduki tempat terakhir dengan mengumpul satu mata.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

12 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

13 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

13 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

14 hours ago