sukan

Pemain berdepan dengan ‘penderaan’ — Son Heung Min

Korea Selatan mara ke pusingan kalah mati Piala Asia tetapi jurulatih Jurgen Klinsmann dikritik di atas segala-galanya daripada taktik hingga ke senyumannya dan kapten Son Heung Min berkata, pemain berdepan dengan ‘penderaan’.

Korea Selatan akan menentang Arab Saudi dalam pusingan 16 terakhir Rabu ini dengan suasana toksik yang mengancam menyelubungi pasukan selepas permulaan goyah dalam usaha mereka untuk kejuaraan Asia pertama dalam tempoh 64 tahun.

Kemenangan pembukaan 3-1 ke atas Bahrain di Qatar diikuti dengan keputusan seri 2-2 dengan Jordan yang menyaksikan pasukan Klinsmann memerlukan gol sendiri pada masa kecederaan untuk meraih satu mata.

Lebih buruk berlaku apabila mereka bolos gol penyamaan terakhir ketika seri 3-3 dengan Malaysia yang menduduki tempat ke-130 dunia untuk menamatkan saingan sebagai naib juara Kumpulan E di belakang Bahrain.

Bintang Tottenham Son berkata selepas perlawanan bahawa ‘komen yang melampaui batas’ ditujukan kepada rakan sepasukannya.

“Ia benar-benar menyakitkan sebagai rakan sepasukan untuk melihat mereka dalam kesakitan,” kata Son.

Penyerang, Cho Gue-sung dan bek kiri, Lee Ki-je menerima kritikan tertentu, dengan Cho terlepas beberapa peluang dalam tiga penampilan tanpa jaringan.

sumber:- HM

Pemain berusia 26 tahun itu mendapat populariti luar biasa dalam kalangan peminat wanita Korea Selatan berikutan aksi di Piala Dunia 2022 dan penyerang yang berpangkalan di Denmark itu muncul dalam rancangan televisyen selebriti.