Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim mahu jadi pemain sehebat kapten Korea Selatan, Son Heung-min yang disifatkannya sebagai pemain luar biasa sama ada ketika di dalam atau pun luar padang.
“Apabila saya tengok balik video itu, saya pun tergelak juga. Tetapi saya hormat dan dia (Heung-min) seorang pemain yang cukup profesional, tidak sombong atau pun berlagak.
“Kita di Malaysia pun kena ambil contoh seperti itu,” kata tonggak Selangor FC itu.Mengulas mengenai isi perbualannya dengan Heung-min seperti dalam video yang tular, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey menjelaskan tiada apa perkara istimewa yang dibincangkan sebaliknya lebih kepada aksi atas padang.
“Sebenarnya tidak ada apa yang serius pun, dia tengah bincang dengan pengadil dan saya pergi dekat dengannya. Saya cakap penalti? Dia katakan macam mana boleh penalti dan sebab itu saya buat reaksi seperti itu.
sumber:- Kosmo
“Dia tetap kata (rakan sepasukannya) hanya sepak bola. Saya kata kita lihat saja VAR (Video Bantuan Pengadil), jadi sebab itu dia nampak macam kecewa,” katanya.