Sudah dua hari berlalu selepas skuad Kim Pan-gon mengejutkan gergasi Asia, Korea Selatan dengan mengikat mereka 3-3 di Stadium Al-Janoub.
Namun terdapat juga berita agak panas di media sosial selepas pemain bola sepak yang mempunyai darah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal dibidas netizen selepas tindakannya ‘repost’ ciapan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di aplikasi X.
Ini selepas kebanyakan mereka menganggap bahawa Wan Kuzain tidak layak untuk berbuat demikian kerana tindakan ayahnya, Wan Kamal, yang mengeluarkan kenyataan agak negatif di Facebook sebelum ini.
“Pembetulan hala tuju kuzain untuk terus bermain dengan Professional kelab dia dekat US dan USA dalam World Cup, itu yang pasti.
“Dia cuma berminat untuk bermain dengan Malaysia U23 dalam Sea Games lagi pun MLS is off season during the SEA game,” katanya pada 2019.
Menambah rasa marah peminat bola sepak tanah air lagi, Wan Kuzain juga pernah keluarkan ciapan yang mempunyai unsur loyar buruk dalam ciapannya pada 2022.
Ini membuatkan peminat berfikir adakah Wan Kuzain hanya mahu bermain dengan negara selepas kejayaan Harimau Malaya melayakkan diri di Piala Asia.
Menambah kepada isu ini, ahli parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal, yang juga abang kandung kepada Wan Kuzain menyifatkan komen daripada warga-warga X itu biadab dan tekankan bahawa FAM sudah pun berhubung dengan adiknya demi menyarung skuad kebangsaan.
Yang pasti, peminat-peminat juga harus ingat di mana kritikan yang diberi biar berpada-pada kerana kita tidak tahu mungkin kita perlukan pemain seperti Wan Kuzain dalam skuad kebangsaan suatu hari nanti.
sumber:_ SA
Kita juga harus ingat, bahawa segala pemilihan pemain ketika ini adalah tertakluk kepada keputusan Kim Pan-gon dan pastinya dia tahu apa yang terbaik buat pasukannya.