sukan

FAM akhirnya buka mulut isu ‘tangan ghaib’

“Saya nak jelaskan, selepas berbincang dengan jurulatih lain kemudian senarai akhir dimuktamadkan dengan saya sebagai Presiden…yang lain tak ada”.

Demikian nada tegas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang menafikan wujud campur tangan luar atau ‘tangan ghaib’ dalam skuad Harimau Malaya.

Jelas Hamidin, isu itu sengaja ditimbulkan segelintir peminat ekoran prestasi hambar Malaysia di saingan Piala Asia 2023 dengan ada mempersoalkan pemilihan beberapa pemain terutama Natxo Insa dalam pasukan yang dibuat pengendali pasukan, Kim Pan-gon.

“Tangan ghaib ini sudah banyak kali orang kata. Saya nak jelaskan dia (Pan-gon) membuat senarai pemain selepas berbincang dengan barisan jurulatih dan dia muktamad senarai itu dengan saya sebagai presiden, yang lain tak ada.

“Jadi saya berasa ini bukan isu, beberapa kemenangan dalam dua tahun ini tak ada pula yang kata ada campur tangan dan kita naik sampai ranking 130. Saya bincang dengan sebahagian penyokong pun mereka faham.

“Jadi saya tak setuju (dakwaan ada tangan ghaib), kerana kami yang memastikan apa yang Pan-gon nak. Sama ada siapa pun kita, memang kita nak bola sepak kita naik dan pergi lebih jauh.

“Natxo itu daripada dua tahun lalu lagi Pan-gon mahukan, tetapi sebelum ini Natxo mengalami kecederaan dan hanya ini (Piala Asia) masa yang dapat (guna Natxo).

Related Post

“Habis perlawanan sampai sekarang dia cakap, Natxo kalau tak cedera dia akan bawa. Itu saya nak katakan dua tahun menang tak ada cerita tangan ghaib,” kata Hamidin ketika ditemui di sini.

Mengulas mengenai kegagalan skuad negara melepasi peringkat Kumpulan E Piala Asia selepas tewas 0-4 dan 0-1 pada dua aksi awal berdepan Jordan dan Bahrain, Hamidin akui pasukan kurang bernasib baik dalam dua perlawanan itu yang menjadi titik tolak kegagalan pasukan.

“Bagi saya, pemain menunjukkan permainan yang bagus lawan Bahrain, tapi kita tak ada rezeki. Macam saya katakan lawan Kyrgyzstan kita patut kalah tapi dengan rezeki kita menang pada saat akhir.

“Ini pun terjadi kepada kita semasa menentang Bahrain. Jadi kita kena redah dengan takdir, ini bukan sebab Natxo atau pemain, saya tak percaya dengan itu semua,” katanya.

sumber:- HM

Malaysia mengakhiri kempen Piala Asia di tangga tercorot Kumpulan E dengan satu mata daripada tiga aksi dilalui selepas tewas kecundang di tangan Jordan dan Bahrain, namun mempamerkan aksi mantap ketika seri 3-3 dengan Korea Selatan.