sukan

Pengendali Korea Selatan nafi atur perlawanan

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menafikan pasukannya bermain untuk seri ketika menentang Malaysia bagi mengelak muncul juara Kumpulan E sekali gus bertemu Jepun pada pusingan 16 terbaik Piala Asia.

Sambil berang dengan keputusan itu, Klinsmann bagaimanapun mengakui Malaysia bermain dengan sepenuh hati dan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon layak mendapat pujian.

“Kami bukan mengelak bertemu Jepun, sudah tentu ia bukan perancangan kami untuk melepaskan tiga gol hari ini. Kami mahu muncul juara kumpulan, itu adalah sasaran kami.

“Malah, saya akui Malaysia bermain dengan sepenuh hati dan kamu perlu memberikan mereka kredit tetapi kami sepatutnya memenangi perlawanan ini,” kata Klinsmann selepas perlawanan.