sukan

Intan Serah buat peminat Malaysia ‘melenting’

“Another stupid sub from KPG (Kim Pan-gon) masukkanlah Pawi (Safawi Rasid)”.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Itulah yang terjadi kepada pemain bola sepak wanita negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli atau lebih dikenali sebagai Intan Serah apabila ciapan di aplikasi X yang ditujukan khas kepada jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menaikkan kemarahan orang ramai terutama peminat bola sepak.

Meskipun sudah memadam hantaran itu, namun tindakan pantas warganet menyebabkan ia menjadi tular di pelbagai platform media sosial.

Situasi itu terjadi ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan E Piala Asia 2023 antara Malaysia menentang Korea Selatan, Pan-gon melakukan pertukaran pemain dengan mengeluarkan penyerang utama, Darren Lok dan menggantikannya dengan Paulo Josue.

Intan melihat itu satu pertukaran yang tidak bijak memasukkan pemain Kuala Lumpur City itu sebalik dirinya ingin melihat Safawi yang sepatutnya diberikan peluang bermain.

Akan tetapi, Pan-gon dan Paulo membuktikan sebaliknya apabila pertukaran itu membuahkan hasil apabila pemain naturalisasi itu menjadi watak penting ketika gol penyamaan untuk Malaysia mengikat Korea Selatan 3-3.

Disebabkan itu, ramai pengguna di aplikasi X seakan-akan tidak berpuas hati dengan ciapan yang dilakukan oleh Intan.

“Sebab itu perempuan tak boleh jadi head coach (ketua jurulatih) Intan. Hahaha,” kata Shariman Hafiz.

“Dari haritu lagi KPG (Kim Pan-gon) sudah cakap dia tau apa yang dia buat , jangan jadi bangang dan overconfident atas statment kau tu,” kata Adam.

“Lain kali tunggu habis game dulu baru komen. Kan sudah gol. Dia (Paulo Josue) masuk terus gol (Malaysia gol),” kata Muhammad Faiz.

Mungkin selepas teruk di hentam oleh peminat bola sepak di pelbagai media sosial, Intan terpaksa melakukan pusingan U dan kembali memuji tindakan yang dilakukan oleh Pan-gon

sumber:- HM

“KPG pandai guys. Sebab tu bukan saya yang jadi national coach. Woohooooooo in KPG we trust,” kata Intan di applikasi X miliknya.